maaf

kesibukan yang ku tunjuk
hanya mampu mengoyak hati manusia
tak tergamak
aku cuma sedang bahagia
maaf
aku lupa pada siapa aku ngadu tangis
aku lupa pada siapa yang benar ada waktu aku butuh
aku lupa pada kau sayang
maaf
tapi aku cuma sedang leka diulit bahagia
mereka datang sekejap
nanti mereka akan pergi
jauh
kau juga begitu
tapi dek kepercayaan yang kuberi
pasti kau setia disitu
melihat aku bahagia
dan saat aku sedih
kau beri bahu tempat sandar
supaya aku senantiasa kuat
tak jatuh dek manusia dan dugaan
sekali lagi . maaf .


izatirsln



p/s : iloveusomuch

cuma

mungkin benar benak hati aku
bilang aku bukan siapa
bagi dia
aku tak penting
walau aku selalu sama kau
serasa aku
kaya terhegeh minta perhatian
dari kau
apa aku kurang kasih ?
rasa sudah utuh orang tuaku beri

aku cuma mahu sama kau
lukis memori dua
genggam erat tangan
ngorak langkah tak teleng
kejar lari lumba
cuma itu

kerna bagi aku
kau sahabat
bukan kawan
ada beza
tersirat .

ijah

p/s : iloveusomuch

ador

lama dia mahu
cuma ingatan aku luput
sibuk kerjaya pramugari kali
terbang sana sini dapat gaji lumayan
bukan angan tapi realiti

harini aku tunai janji
aku bukan calang
cakap kaya pendusta
maaf buat kau tertunggu
tunggak kerja bikin aku pusing
nasib kau pinta
jadi aku bikin satu
bezanya kau di sini
'mereka' aku cuma tulis
atas helai kertas
sekali tiup terbang entah mana

kita kenal tak lama
akui aku baru tahun ini
mula aku singkap
pantas aku lebel kau ganas
mungkin bukan sejiwa bagi aku

tapi atas sebab apa
kita jadi bisa bicara
satu demi satu cerita kita kongsi
kau tahu telan pahit ubat sama
sudi teman layan aku
lawat kamar biar jauh
dan aku juga begitu
jika punya ruang

mereka fikir kau itu ini
acapkali aku pekak telinga
bisik pada hati aku
izin aku kenal dia dulu

ya , tiada manusia sempurna
aku kau mereka pengata pendengki pendendam
kita sama padu lidas mulut adakala lancang
tepis bukan amarah bara
syaitan teman buat onar
bisa bikin dunia kau kelam
kalap penuh derita
jadi biar saja tempuh
bekal kuat tabah doa pada Dia

hasil aku dapat
biar aku nilai tanpa perlu tolong pencerca
beri maklumat sangsi atau benar
sudah rasional tangani semua

usah kuatir sayang
saat petir nyambar
telinga tangkap sadis
usah biar jadi kudis
bila mahu kering
kau kupik tambah luka
lambat sembuh

tampil utuh diri tanpa mereka
usung diri mara junjung jaya
biar ketawa mereka mati
dan kau terus megah kejar cita
tanpa tangisan

dan ingat
kau perlu Dia sama kau
sentiasa :')

izahqs_



p/s : iloveusomuch

020116

lama berlalu
masih mahu aku luah sini

bermakna
sulit aku katakan
wang kerja tiada
hadiah apa ingin beri
pada kesayangan
jauh lubuk
mahu beli suatu istimewa
tapi belum mampu
perlu usaha selagi boleh
pagi itu sejumpanya
lekas aku peluk cukupan buatmu
perisa ikhlas serta sama
banyak jasa kau tabur
masih tak bisa balas
keringat nilai tinggi
pakai duit belum tentu cukup

kadang aku fikir
berapa juta sudah lebur padaku saja
atau million atau angka hitungan hingga gagal dikira

apa aku bikin cuma ucap
' happy birthday , umiy '
hampir nginjak limapuluh-an
tampak muda lagi di mata aku

Ya Rabb
aku syukur sekali
nikmatMu buat hamba hina ini

buat umiy
adik sayang umiy .

izahqs_

p/s : iloveusomuch